Telefon/sms segera
PELBAGAI KOLEKSI SEPERTI FOSIL TERAS KAYU,TERAS KAYU,GELIGA,PERMATA UNTUK DIMAHARKAN.SEMUA BARANGAN YANG DIMAHARKAN ADALAH ASLI DAN BUKAN DARI BARANGAN TIRUAN YANG DICIPTAKAN UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS PEMBELI DAN MENGAMBIL KEUNTUNGAN SEMATA-MATA TAPI BERKONGSI MINAT DENGAN ANDA SEMUA.APA YANG KAMI PEROLEHI ADALAH HASIL DARI PENCARIAN KAMI MENJELAJAH GUNUNG-GANANG,BUKIT-BUKAU,HUTAN RIMBA SERTA GUA-GUA YANG TERDAPAT DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA.INSYALLAH BARANGAN KAMI TIDAK BERPUAKA TETAPI MENGANDUNGI HIKMAH DAN KHASIAT DENGAN IZIN ALLAH SWT "TIDAK SIA-SIA SESUATU CIPTAAN ALLAH SWT MELAINKAN ADA HIKMAH DAN KHASIAT DISEBALIKNYA" WALLAHUALAM

Thursday 15 January 2015

:KOLEKSI TERBARU:Fosil Teras Keluat Merah @ Teras Keluat Merah Jadi Batu



Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat.Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia yang unik.Kemudian dari pelbagai ciptaanNYA itu disertakan khasiat yang tersendiri.Tiada suatu pun makhluk yang Allah SWT ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan satu rahsia.Allah SWT memerintah manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat terkandung didalamnya.Dengan taufik dan hidayahnya manusia mampu berfikir dan mendapat jalan pentunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanafaat.Pada koleksi kali ini kami ingin ketengahkan FOSIL TERAS KELUAT MERAH @ TERAS KELUAT MERAH JADI BATU.Teras keluat antara teras amat masyhur sejak zaman dahulu lagi dan jadi buruan pengemar/pengumpul koleksi mistik.Dikatakan di antara jenis-jenis teras keluat,teras keluat merah atau darah yang paling sukar ditemui.Kebanyakan pengemar koleksi mistik ingin memilikinya disebabkan khasiatnya dengan izin ALLAH SWT .Dalam perubatan tradisional teras keluat digunakan untuk membangkitkan tenaga dalaman individu yang sakit.
Teras keluat juga digunakan untuk ketahanan kulit sehingga peninju tomoi mengamalkan minum air teras akar keluat di samping dijadikan cincin atau gelang.


STATUS:-TAWARAN DI BUKA UNTUK DI BUAT PERMATA CINCIN,LOKET DAN SEBAGAINYA

No comments:

Post a Comment